Mengenai SIP+

Mengenai SIPartners+

SIPartners+  adalah seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya.

Sebagai SIPartners+

1. Membina hubungan dan membimbing pengetua serta Guru Besar di sekolah,

2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh pentadbir sekolah.

3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan di sekolah



Peningkatan Peluang Untuk Impak  - SIPartners+ akan membina hubungan dengan pengetua dan Guru Besar. Dengan membimbing 25-30 pengetua, diharapakan SIPartners+ boleh membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dibandingkan jika seorang pengetua atau guru besar bekerja secara bersendirian.


Masa Bimbingan Berkualiti – Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan SIPartners+ adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Selaku SIPartner+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa bekerja dengan pengetua dan guru besar, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang.











1 comment: