Saturday 18 February 2017

Taklimat Pelaksanaan SKPMg2 oleh JNJK

Taklimat Pelaksanaan SKPMg2 oleh JNJK

Tempat : PKG Durian Burung
Tarikh: 15/02/2017 (Rabu)
Masa: 8.30 pg -5.00ptg

Bagi tujuan mendapatkan bahan-bahan SKPM Gelombang 2. Sila tekan di sini


















Tuesday 14 February 2017

KURSUS PEMANTAPAN PROFESIONALISME PENGURUSAN PENTADBIR SEKOLAH KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah Kursus anjuran Majlis Guru Besar (MGB) Kuala Terengganu dan kerjasama PPD Kuala Terengganu telah berlangsung di Permai Hotel Kuala Terengganu dengan jayanya pada 06/02/2017. Permulaan kursus telah dimulakan degan ucapan Pengerusi MGB, En Maslan Mohamad dan diikuti oleh ucapan oleh Tuan Timbalan PPDKT, Hj Khairi Mohd Noor.

Slot pertama, melibatkan pengenalan Program Pembangunan Pengurusan Sekolah (SPeed-Up) dan Slot Kedua melibatkan Bengkel i-THINK dalam KBAT. Kedua-dua slot melibatkan fasilitator yang dikendalikan oleh Pegawai SIP+ PPD K. Terengganu, Dr Tajulddin Muhammad dan dibantu oleh Pegawai SISC+, Puan Yusnita Md Yunus, Puan Mariana Mohd Ariffin dan Puan Mashuri Ramli.