Wednesday 16 July 2014

Apa itu TOV, ETR dan OTI?

TOV, ETR dan OTI




Post: Dr Tajulddin Muhammad
Sumber: PPD Setiu

Apakah TOV ( take-off value ) ?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun. Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :
  •   Ujian Pertengahan Tahun lepas
  •   Ujian Akhir Tahun lepas
  •   Ujian Ramalan 1
  •   Ujian Ramalan 2
  •   Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR ?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?


OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

8 comments:

  1. hello. terima kasih kerana berkongsi di laman web sebab amat membantu guru baru yang baru posting.
    Nilai TOV ini diberi pada murid tahun 6 sahaja atau kepada semua darjah?

    ReplyDelete
  2. Boleh juga digunakan untuk analisis potensi pelajar untuk tujuan mengenalpasti dan tujuan dokumentasi jika anda sebagai guru kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kira sekolah rendah atau menengah amnya

      Delete
    2. Tidak kira sekolah rendah atau menengah amnya

      Delete
  3. Boleh juga digunakan untuk analisis potensi pelajar untuk tujuan mengenalpasti dan tujuan dokumentasi jika anda sebagai guru kelas

    ReplyDelete
  4. Tk Byk2 .Semoga sentiasa cemerlang.... ini pun sedekah yang hebat..

    ReplyDelete
  5. Bolehkah kita menggunakan TOV dari murid yang berbeza? Contoh, TOV semester 1 (stpm) kohot 2020 menggunakan hasil keputusan akhir/sebenar semester 1 kohot 2019.

    ReplyDelete