Wednesday 16 July 2014

Lawatan Sosial Pertama Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Tengku Bariah pada 17/06/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Puan Azma Binti Senun
PKTD:          En. Ramlee Bin Salleh
PKHM:         En. Muhammad Bin salleh 
PKKO:         En. Tg Hassan Bin Che Ku Abd Rahman



Inti pati hasil lawatan SIP+:-

1. Sk Tengku Bariah dibuka dengan rasminya pada 26 Mei 1967 dan dirasmikan oleh YB Menteri     Pelajaran Malaysia, En.Mohd Khir Johari.
2. Sk Tg Bariah telah banyak berjasa melahirkan tokoh-tokoh termuka di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan
3.Sekolah menjadi perintis kepada penggunaan "i- THINK" dalam PdP. Penguasaan I Think amat dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah kepada PdP guru dan di kalangan pelajar
4. Sejumlah 102 orang calon peperiksaan UPSR pada 2014. Pada peperiksaan OTI2 lepas sejumlah 7 calon mendapat 5A dan target UPSR 2014 seramai 26 calon dijangka memperoleh 5A.



Blok lama SK Tg Bariah


Lawatan SIP+ & SISC+ disambut
oleh PKKO


Pintu masuk ke pejabat


Lanskap menarik SK Tg Bariah


Catatan perasmian SK Tg Bariah


Perbincangan SISC+ & PKKO


SISC+ (Hj Mohd Shukri Ismail) &
 SIP+ (Dr Tajulddin Muhammad)


Carta organisasi sekolah


Paparan slogan


Pengawas Pusat Sumber sekolah






Anugerah penghargaan kepada pelajar


Papan aktiviti-aktiviti sekolah


Mural menarik sekolah


Paparan penghargaan kepada staf


laluan dihiasi dengan kata-kata hikmah


amalan 5S


slogan-slogan peniup motivasi


kata-kata semangat


Hiasan taman di segenap penjuru

Galeri SK Tg. Bariah

Plat perasmian sekolah

Buku pelawat semenjak ditubuhkan

Pengiktirafan yang diterima sekolah

Kejayaan sekolah dalam galeri

senarai nama guru besar

PKKO, Tg Hassan Che ku Abd Rahman

Laporan perlaksanaan i-Think

peta minda dihasilkan pelajar


peta minda buih


peta dakap



Peta bulatan


Peta titi


di pintu masuk kelas peta minda dihasilkan
 pelajar


peribahasa di sepanjang lobi kelas


Mural di Makmal komputer


Surau sekolah


laluan pejalan kaki


murid beratur sebelum masuk makmal


Murid fokus dalam makmal komputer

  
Guru turut main peranan dalam makmal
 komputer


Bilik 1Malaysia


Surau SK Tg Bariah

Apa itu Headcount?

Headcount



Post: Dr Tajulddin Muhammad
Sumber: PPD Setiu

Dalam memastikan pengurusan kurikulum dapat melakukan perancangan yang berkesan, setiap sekolah dikehendaki membuat 'HEADCOUNT'.



Apakah Headcount ( HC )?



HC adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 ( bagi UPSR ) atau tingkatan 1 hingga tingatan 6. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya.



Apakah rasional HC dilaksanakan?



Pengunjuran kecemerlanan yang diamalkan pada masa sekarang, berasaskan kenaikan peratus pada setiap tahun, seperti 5%, 8%, 10% dan seterusnya.

Kenaikan peratusan ini tidak berdasar potensi individu murid.

Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbagai ( multiple inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.

Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.

Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran.

Mengapa perlu Headcount ?

  •   Melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
  •   Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
  •  Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
  •   Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
  •   Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru besar, GPK, guru kelas dan guru mata pelajaran secara saintifik.
  •   Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Apa itu TOV, ETR dan OTI?

TOV, ETR dan OTI




Post: Dr Tajulddin Muhammad
Sumber: PPD Setiu

Apakah TOV ( take-off value ) ?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun. Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :
  •   Ujian Pertengahan Tahun lepas
  •   Ujian Akhir Tahun lepas
  •   Ujian Ramalan 1
  •   Ujian Ramalan 2
  •   Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR ?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?


OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Sunday 13 July 2014

Lawatan bimbingan Kedua Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Undang pada 16/06/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar:  Puan Natrah Binti Wahab
PKTD:      Mohamat Nor Bin Ismail @ Embong
PKHM:     Pn. Anisah Roslina Bt. Awang
PKKO:     En. Nazarudin Bin Abu Bakar

Inti pati hasil lawatan SIP+:-

1. Kedudukan sekolah  di luar bandar lebih kurang 20km dari pusat bandar Kuala Terengganu, iaitu       bersempadan dengan daerah Marang 
2. Di bawah pengurusan kepimpinan guru besar baru sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan band sekolah dan prestasi cemerlang akademik murid.
2. Keceriaan sekolah mulai terserlah di bawah kepimpinan baru  dibantu oleh kepimpinan sebelum ini.
3. Setiap perubahan ingin dibawa oleh kepimpinan baru dibuat secara berhati-hati



Pintu masuk ke SK Undang


Blok pentadbiran dan bilik guru


Countdown UPSR di SK Undang


Lanskap di dataran SK Undang


Guru besar Pn Natrah Bt Wahab


Carta organisasi SK Undang


Perbincangan SISC+ dan guru besar


Taman  dalam sekolah


Papan kenyataan aktiviti sekolah


ruangan hadapan surau SK Undang


Keceriaan kantin dan kebersihan kantin diutamakan


Bangunan Pra sekolah SK Undang