Tuesday 24 June 2014

Majlis Sambutan Hari Guru ke-43 Peringkat Daerah Kuala Terengganu

Tempat: SM Teknik Terengganu
Tarikh: 26/05/2014 (Isnin)
Masa: 9.00 pg-12.30 tgh

Majlis dirasmikan oleh YB. Cg. Haji Mohd Zubir Bin Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Ketibaan YB telah diiringi oleh kumpulan motorsikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada warga pendidik Kuala Terengganu. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Ikrar kakitangan awam, ucapan ketua PPD KT diikuti ucapan perasmi majlis, persembahan nyanyian koir, anugerah tokoh guru daerah Kuala Terengganu dan penyampaian hadiah.



















Lawatan Sosial Pertama Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Pasir Panjang pada 25/05/2014

1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Hj Muslan Bin Muslim
PKTD:       Puan Halijah Binti Muda
PKHM:      En. Mohad Bin Salleh
PKKO:      Puan Endong Binti Ngah

Inti pati hasil lawatan SIP+:-

1. Bilangan guru termasuk guru besar berjumlah 46 orang
2. Bilangan pelajar 594 dan seramai 96 pelajar terlibat dengan UPSR (3 kelas) pada tahun 2014
3. Bilangan pelajar yang mendapat 5A pada tahun 2013 ialah 22 orang
4. Sentiasa menjalankan kerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitar dalam meningkat prestasi akademik.   Contoh menjalankan kem Bahasa Melayu dan Bahasa Inggersi di SK Tg Bariah
5. Pendekatan Guru besar lebih kepada "touch body" dengan perbetulkan niat disamping ketegasan dalam  mengurus pelajar dan kakitangan sekolah
6. Guru perlu proaktif-ambil tahu kawasan sekolah, guru besar perlu berani menegur guru jika ada sebarang  keperluan dan guru perlu mengenal diri sendiri serta guru besar perlu mahir dalam pengurusan kewangan.