Wednesday, 9 July 2014

Forum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Sempena Sambutan Hari Guru 2014

Tarikh: 17 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat: Dewan SK Sultan Sulaiman 1
Masa: 9.00pg-12.30 tgh

Alhamdulillah, forum yang bertajuk "Kemenjadian Murid dan Cabaran-cabaran" telah berlangsung di Dewan SK Sultan Sulaiman 1 dengan jayanya. Forum tersebut telah dianggotai oleh moderator,

1) Tuan Haji Shukri bin Ismail (Pegawai SISC+), manakala panel-panel forum terdiri daripada:
2) En. Azahar Bin Abu Bakar Timbalan PPD Kuala Terengganu
3) Dr. Tajulddin Bin Muhammad (Pegawai SIP+)
4) En. A. Ghani Bin Awang (Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPNT)

Forum dibahagikan kepada dua pusingan melibatkan setiap ahli panel. Kehadiran guru melibatkan guru-guru bagi daerah Kuala Terengganu.


















Tuesday, 8 July 2014

Lawatan Penandaarasan (Benchmarking) PPD Kuala Terengganu ke PPD Temerloh

Tarikh Lawatan: 10/06/2014
Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh, Pahang
Masa: 2.00 ptg hingga 4.00 ptg

Ketibaan rombongan PPD Kuala Terengganu telah disambut dengan meriah dan dijamu dengan makan tengah hari. Acara kedua bermula dengan taklimat oleh Timbalan PPD Temerloh, Encik Ahmad Sanusi Mohd Said dan ucapan terima kasih oleh Timbalan PPD Kuala Terengganu, Encik Azhar Abu Bakar. Keutamaan lawatan lebih kepada melihat usaha PPD Temerloh dalam menjayakan "5S". Sesi kedua dimulakan dengan lawatan ke bahagian-bahagian tertentu pejabat PPD Temerloh. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak PPD Temerloh kerana sudi menerima kunjungan rombongan daripada PPD Kuala Terengganu.


Ucapan oleh Timbalan PPD Temerloh

Ucapan terima kasih Timbalan PPDKT


Sesi pertukaran cenderahati


Papan notis sistem penarafan akademik


Carta organisasi di bilik SISC+ 


Pintu masuk bilik SISC+


Suasana bilik SISC+ PPD Temerloh


Perkongsian maklumat antara SISC+


Sistem fail di bilik SISC+


Suasana pejabat pentadbiran PPD Temerloh


Keceriaan pejabata diutamakan


ubahsuai barang kitar semula


Kreativiti staf  dalam penyediaan tanda nama


penggunaan nama ikan dalam setiap zon

Sunday, 29 June 2014

Bengkel Pengaplikasian YouTube dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur
Tarikh: 30 April 2014
Masa: 8.30 pg- 4.30 ptg
Fasilitator: Dr Tajulddin Bin Muhammad

Objektif Bengkel Aplikasi YouTube dalam P&P:
  • Peserta dapat muat turun video daripada YouTube
  • Peserta dapat muat naik video persendirian ke YouTube.com
  • Peserta dapat mengedit video yang telah dimuat naik
  • Peserta dapat kongsi video ke blog persendirian dan media sosial

Bengkel yang dijalankan di IPG Kampus Bahasa Melayu

kelebihan penggunaan ICT dalam PdP

Lokasi Bengkel di IPGKBM di Lembah Pantai K.Lumpur

Penyampaian cenderahati selepas selesai bengkel 

Sebahagian peserta yang terdiri daripada pensyarah & staf

 MODUL-MODUL APLIKASI YOUTUBE DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



 Kaedah Download Video YouTube Ke Komputer



 Kaedah Upload Video ke Server YouTube


 Kaedah Teknik Mengedit Video Yang Telah Upload




Tuesday, 24 June 2014

Majlis Sambutan Hari Guru ke-43 Peringkat Daerah Kuala Terengganu

Tempat: SM Teknik Terengganu
Tarikh: 26/05/2014 (Isnin)
Masa: 9.00 pg-12.30 tgh

Majlis dirasmikan oleh YB. Cg. Haji Mohd Zubir Bin Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Ketibaan YB telah diiringi oleh kumpulan motorsikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada warga pendidik Kuala Terengganu. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Ikrar kakitangan awam, ucapan ketua PPD KT diikuti ucapan perasmi majlis, persembahan nyanyian koir, anugerah tokoh guru daerah Kuala Terengganu dan penyampaian hadiah.



















Lawatan Sosial Pertama Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Pasir Panjang pada 25/05/2014

1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Hj Muslan Bin Muslim
PKTD:       Puan Halijah Binti Muda
PKHM:      En. Mohad Bin Salleh
PKKO:      Puan Endong Binti Ngah

Inti pati hasil lawatan SIP+:-

1. Bilangan guru termasuk guru besar berjumlah 46 orang
2. Bilangan pelajar 594 dan seramai 96 pelajar terlibat dengan UPSR (3 kelas) pada tahun 2014
3. Bilangan pelajar yang mendapat 5A pada tahun 2013 ialah 22 orang
4. Sentiasa menjalankan kerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitar dalam meningkat prestasi akademik.   Contoh menjalankan kem Bahasa Melayu dan Bahasa Inggersi di SK Tg Bariah
5. Pendekatan Guru besar lebih kepada "touch body" dengan perbetulkan niat disamping ketegasan dalam  mengurus pelajar dan kakitangan sekolah
6. Guru perlu proaktif-ambil tahu kawasan sekolah, guru besar perlu berani menegur guru jika ada sebarang  keperluan dan guru perlu mengenal diri sendiri serta guru besar perlu mahir dalam pengurusan kewangan.