Post: Dr Tajulddin Muhammad
Dalam memastikan pengurusan kurikulum dapat melakukan
perancangan yang berkesan, setiap sekolah dikehendaki membuat 'HEADCOUNT'.
Apakah Headcount ( HC )?
HC adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi
kerjaya setiap murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 ( bagi UPSR ) atau tingkatan
1 hingga tingatan 6. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan
menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap
pelajar supaya guru dapat menyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek
bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya.
Apakah rasional HC dilaksanakan?
Pengunjuran kecemerlanan yang diamalkan pada masa sekarang,
berasaskan kenaikan peratus pada setiap tahun, seperti 5%, 8%, 10% dan
seterusnya.
Kenaikan peratusan ini tidak berdasar potensi individu murid.
Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbagai ( multiple
inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di
IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.
Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus.
Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.
Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak
menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan
pengayaan tidak dapat menepati sasaran.
Mengapa perlu Headcount ?
- Melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
- Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
- Merancang program yang bersesuaian dengan
kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
- Untuk tujuan post-mortem dan tindakan
penambahbaikan yang proaktif.
- Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh
Pengetua, Guru besar, GPK, guru kelas dan guru mata pelajaran secara saintifik.
- Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.