Saturday, 4 April 2015

Program Transformasi Daerah: Program Pembangunan Profesionalisme 
Pengetua dan Guru Besar

Program telah berjaya dijalankan pada 30/09/2014 hingga 02/10/2014, bertempat di Rocana Hotel, Kuantan, Pahang. Program anjuran PPD Kuala Terengganu ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti telah dijayakan oleh pasukan motivasi dari UPSI.














Taklimat Kursus i-THINK Dalam Talian

Taklimat telah dijalankan di SMK Seri Nilam pada 24/09/2015. Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Meja i-THINK dan dibantu oleh Pegawai SIP+,  PPD Kuala Terengganu. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar daerah Kuala Terengganu.

Perbincangan di antara PGB

Taklimat juga dibantu oleh SIP+

Taklimat  oleh Pegawai meja i-THINK, En.M. Azhan

Barisan SIP+ dan Guru Besar


Saturday, 14 March 2015

Dialog Prestasi di SMK Panji Alam

Lawatan SIP+ pada 22/09/2015 di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu. Satu dialog prestasi telah diatur oleh Tuan Pengetua Tn Hj Zakaria Bin Awang bersama guru-guru kanan. Perbincangan lebih tertumpu kepada infrastrukur sekolah, peratus kehadiran pelajar dan program-program sekolah.

Mesyuarat dipengerusi oleh Tuan Pengetua SMK Panji Alam

Mesyuarat pengurusan SMK Panji Alam


Wednesday, 4 March 2015

Bengkel GROW v.4 dan i-THINK dalam KBAT di SK Seri Budiman

Bengkel GROW v.4 dan i-THINK dalam KBAT di SK Seri Budiman

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Seri Budiman
Tarikh: 20/09/2014 (Sabtu)
Masa:  8.30 pg hingga 1.30 ptg

Bengkel dimulakan dengan taklimat GROW v.4 dan ia disampaikan oleh Pn Yusnita Bt.Yusuf dan slot kedua, i-THINK dalam KBAT telah disampaikan oleh Dr. Tajulddin Bin Muhammad. Kemudian Peserta bengkel (guru-guru SK Seri Budiman) cuba membina peta minda i-THINK berserta soalan-soalan berunsurkan KBAT. Di samping itu Bengkel ini turut dibantu oleh 3 lagi SISC+ PPD Kuala Terengganu. Diharapkan bengkel seperti ini akan dimanfaatkan oleh guru-guru SK Seri Budiman demi kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar.




Monday, 5 January 2015


Lawatan Sosial Pertama Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Seri Budiman pada 08/09/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Pn. Rohaya Binti Ibrahim
PKTD:  Pn. Kamariah Binti Othman     
PKHM: Tn Hj Mohammad Bin Embong 
PKKO:   Mohd Zin Bin Abdullah    


Inti pati hasil lawatan SIP+:-


Lanskap menarik SK Seri Budiman


SK Seri Budiman
Kedudukan SK Seri Budiman di Band 2

Carta organisasi SK Seri Budiman

Guru besar (kanan) & PKTD (kiri)

SISC+ BM (kanan) & SISC+ BI (kiri)

SISC+ Matematik

Lawatan bersama SIP+ & SISC+

Mural menarik SK Seri Budiman

Bilik Guru




Lanskap pintu masuk  sekolah


Pengurusan Sekolah, SIP+ & SISC+

Saturday, 13 December 2014

Lawatan Sosial Kedua Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Pusat Kuala Ibai pada 02/09/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Alias Bin Ismail
PKTD:      
PKHM:       
PKKO:      

Inti pati hasil lawatan SIP+:-
2.Bilangan Guru 76 orang
3. Bilangan pelajar lebih 900 orang
4. UPSR 2013 (16 orang 5A)
5. Kelas tambahan melibatkan 6 kelas tahun 6
6. Jurang kelas agak jauh jika dibandingkan kelas hadapan dan kelas belakang
7. Intervensi diambil yang mana kelas belakang dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil

















Saturday, 22 November 2014

Perlantikan Sebagai Hakim Pertandingan Inovasi di IPG Kampus Dato' Razali Ismail

Tempat: Dewan Al Farabi IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit K.Terengganu
Tarikh: 26 Ogos 2014 (Selasa)

Keterangan: 

Alhamdulillah pihak IPG Dato' Razali Ismail telah memberi kepercayaan kepada SIP+ PPD K.Terengganu (Dr Tajulddin Bin Muhammad) dan SISC+ (Pn Dahlia Bt Embong) sebagai Hakim Pertandingan Inovasi Pendidikan 2014 di samping dua pensyarah dari IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.

Pertandingan Inovasi Pendidikan 2014, ini telah dibahagikan kepada dua kategori yang melibatkan kategori pensyarah, pensyarah dan  pelajar  serta di kalangan pelajar institusi itu sendiri.

Pertandingan inovasi pendidikan seperti ini amat wajar sekali dijadikan agenda wajib  organisasi-organisasi pendidikan memandangkan banyak input-input baru dan reka cipta yang telah dihasilkan oleh peserta-peserta mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan Malaysia.




  


























Friday, 14 November 2014

Kita Adalah Murabbi

Oleh: Dr Tajulddin Muhammad (SI Partner+)


Setiap orang daripada kita adalah Murabbi (pendidik). Walaupun istilah ini umpama suatu perkara yang agak besar tetapi ia merangkumi semua daripada kita. Sebagai ayah dan ibu ada tanggungjawab untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya.


Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. 

Seorang majikan yang baik  juga tidak boleh lari daripada menjadi Murabbi. Motif keuntungan bukanlah semestinya semata-mata, tetapi mampu untuk memimpin dan mempengaruhi kakitangannya menjadi pekerja yang jujur, amanah, tekun dan berkualiti. 

Pemimpin juga antara golongan yang berperanan penting menjadi murabbi kepada golongan yang dipimpin (rakyat).

Guru bolehlah dikatakan mereka yang paling hampir dengan konsep Murabbi. Dalam persaingan sekolah-sekolah merebut peningkatan peratusan pelajar cemerlang mendapat gred “A” dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang lebih baik, kadang-kadang seperti kita terlupa atau tanpa disedari mengabaikan sahsiah pelajar yang seharusnya dipenuhi dengan nilai-nilai murni. 

Jadi tidak hairan golongan remaja sekarang tanpa segan silu berpeluk di hadapan orang ramai dalam pengangkutan awam. Pelajar sekolah tak tahu menghormati guru yang tak mengajar mereka, tiada peduli dengan orang yang lebih tua atau lari masuk bilik jika ada tetamu yang hadir ke rumah.

Persoalannya adakah kita mahu melahirkan doktor yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk memeriksa pesakitnya tetapi hanya mampu menjeling sahaja dan berkomunikasi dengan pesakitnya sambil lewa sahaja.

Adakah kita mahu melahirkan ahli sains yang begitu gah dengan ilmunya tanpa merasa rendah diri dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepada nya?

Adakah kita mahu melahirkan usahawan-usahawan yang hanya begitu mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan apakah yang sepatutnya disumbangkan kepada masyarakat sekitarnya?

Adakah kita mahu melahirkan pemimpin masa hadapan yang dicemari dengan kepimpinan yang lemah dan dipenuhi dengan korupsi?

Sebagai guru tugas kita bukanlah semata-mata memindahkan ilmu (transfer knowledge) tetapi tugas yang lebih murni ialah cuba untuk membangunkan kerohanian pelajar kita. Alangkah beruntungnya jika semua guru…guru matematik, guru sains, guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris, guru sejarah dan geografi mampu memasukkan elemen-elemen sifat ketuhanan, kebesaran pencipta, zikir spontan dan perkara-perkara sunnah seperti ganjaran memberi salam dan ganjaran melontarkan senyuman.

Sufean (1989) yang menyatakan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai murni. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni seperti hormat menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk. Namun, sekiranya nilai yang buruk seperti biadap, suka berbohong dan mencuri menjadi perhiasan diri seawal peringkat kanak-kanak lagi, maka secara tidak langsung nilai tersebut akan mewarnai dirinya sehingga dewasa sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia.

Pesanan Saidina Ali, “hendaklah kamu menyampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat”. Walaupun seorang ibu sentiasa mengingatkan anak remaja mereka membaca selawat ke atas Rasul apabila membasuh beras. Keberkatan pasti wujud jika ilmu yang disampaikan oleh seorang ibu itu berterusan dari satu generasi kepada generasi seterusnya.

Seorang guru geografi malah guru sains dan matematik sekali pun pasti mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah jika sentiasa mengaitkan kejadian alam dengan kebesaran kuasa Allah. Zikir spontan diterapkan untuk menggambarkan kebesaran kuasa Allah seperti ucapan “Masya Allah”, “Alhamdulillah”, “Subhanallah” dan “Allahu akbar”.

Muslim yang bijak ialah mereka yang menganggap segala perbuatan mereka sebagai ibadah..walaupun dengan berpesan-pesan dengan sesuatu yang nampaknya terlalu kecil di mata manusia.

Petikan kata-kata Prof Dr Muhaya Muhamad “ ketika hidup hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebajikan (mempunyai sifat tamak untuk mendapatkan pahala sebanyak mungkin) sebagai bekalan menempuh kehidupan jangka panjang (menuju akhirat).


Jika seorang doktor perubatan tersalah memberikan ubat kepada seorang pesakitnya, kesannya hanya kepada pesakit itu tadi. Namun, jika seorang guru (murrabi) tersalah memberikan ajarannya kesannya pasti kepada satu generasi dan generasi seterusnya. Oleh itu fikir-fikirkanlah wahai Murrabi.