Tuesday, 22 April 2014

Lawatan Sosial pertama Pegawai SIP+2, Dr Tajulddin Muhammad  di SK Durian Mas, Manir pada 13/3/2014

Intipati hasil lawatan:-

1. Pentadbir dan Pengurusan SK Durian Mas, Manir
   i) Guru Besar, Cikgu Muhammad Bin Sulaiman
  ii) PKTD Cikgu Zulkifli Bin Yusof
 iii)  PKHM Cikgu Shima
 iv) PKKO, Cikgu Mohd Lutfi Ismail

2. Bilangan Guru 25 orang, Bilangan Pelajar 204 orang (tidak termasuk pelajar Pra sekolah-21 orang))
3. Prestasi UPSR tahun 2013, 4 orang mendapat 5A dan  alon UPSR tahun 2014, ialah 37 orang
4. Masalah sekolah tiada pagar di belakang sekolah
5. Latarbelakang ibubapa kebanyakan petani dan bekerja sendiri
6. Masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan ketidakhadiran Kokurikulum
7. Baru menerima papan pembelajaran interaktif dan diharapak berlaku PdP Maya

Pintu masuk ke SK Durian Mas, Manir

Dataran Perhimpunan SK Durian Mas, Manir

 PKTD (kiri) dan PKKoku (kanan)

Guru Besar SK Durian Mas, Manir, Cikgu Muhammad Sulaiman

Kelas Pemulihan  yang ceria  dengan pelbagai ABM 

Guru cemerlang kelas pemulihan SK Durian Mas, Manir

Slogan di kelas pemulihan

Keceriaan kelas pemulihan hasil kerjasama guru dan pentadbir sekolah

ABM hasil kreativiti guru kelas pemulihan

Lawatan Guru Besar SK Durian Mas, Manir dan pegawai SIP+ ke kelas Pemulihan

Bilik Maya dengan bantuan papan interaktif PdP SK Durian Mas, Manir

Sudut dataran ilmu SK Durian Mas, Manir

Masalah ketiadaan pagar belakang SK Durian Mas, Manir

Blok kelas lama SK Durian Mas, Manir yang  masih diguna pakai


Lawatan Sosial SIP+2, Dr Tajulddin Muhammad ke SMK Chua Wei Sin pada 12/3/2014

Intipati hasil lawatan:-

1. Bilangan guru 100 orang (actual 99 orang) dan jumlah pelajar 1071 orang
2. Mind set guru perlu berubah untuk melahirkan kecemerlangan pelajar selari dengan perubahan teknologi
3. Teachers selection perlu dibuat dengan berhati-hati untuk melahirkan guru-guru yang benar berkualiti
4. Sering menyedarkan pelajar untuk menghindarkan aktiviti vandalisme di sekolah
5. Kelas denda " come late, back late"
6. Pengetua panggil ke bilik pengetua untuk mereka yang tidak siaplkan homework
7. Kedudukan tong sampah "outside of the class" untuk mengelakkan kelas dipenuhi sampah berselerak dan     memudahkan pekerja cleaner service tanpa menganggu pembelajaran.

Pengetua, Mdm. Lim Geok Cheng @ Lim Lang Cheng

Padang SMK Chung Hwa Wei Sin

Bilik Mesyuarat dan Koperasi SMK Chung Hwa Wei Sin

Taman dalam sekolah

Bilik Mesyuarat dan Koperasi SMK Chung Hwa Wei Sin

Visi dan Misi  SMK Chung Hwa Wei Sin

Blok empat tingkat SMK Chung Hwa Wei Sin

Slogan yang dipaparkan di blok bangunan

Di antara papan tanda sekolah

Galeri yang memaparkan nama bunga dan haiwan

kata-kata hikmah SMK Chung Hwa Wei Sin

Kebersihan begitu diutamakan oleh pihak sekolah

Suasana padang dan blok bangunan sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin

Lawatan SIP+, Dr Tajulddin Muhammad ke SK Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu pada 11/3/2014

Intipati hasil lawatan:-

1. Senarai pentadbir dan pengurusan SK Kubang Ikan, Chendering,
    i. Guru Besar, Cikgu Sulaiman Bin Ali
    ii. PKTD, En. Awang Ngah Bin Ismail
    iii. PKHM, Pn. Kamariah Binti Ambak
    iv. PKKO, Cikgu Mat Rani Bin Omar

2. Bilangan Guru 63 orang (actual 62 ketiadaan PKKO)
3. Bilangan pelajar 729 orang
4. UPSR 2012 (12 orang 5A) dan presatsi menurun sedikit pada 2013 (6 orang 5A)
5. Masalah makmal komputer, tiada komputer
6. Pentadbir begitu mengutamakan sahsiah pelajar mereka


Keceriaan dan kebersihan bangunan SK Kubang Ikan, Chendering

Kebersihan begitu diutamakan oleh pihak sekolah

Bangunan utama SK Kubang Ikan, Chendering

PKTD Cikgu Awang Ngah dan PKHM Pn Kamariah

Perbincangan juga melibatkan dengan kaunselor sekolah


Guru Besar Cikgu Sulaiman Ali (kiri) dan PKTD

Sudut penilaian prestasi data SK Kubang Ikan, Chendering

Sudut paparan maklumat SK Kubang Ikan, Chendering

Bilik Guru PPKI SK Kubang Ikan, Chendering

Kelas PPKI SK Kubang Ikan, Chendering

Sussana kelas dan pelajar PPKI


Kebersihan dan keindahan taman dalam sekolah



Friday, 11 April 2014

Lawatan SIP+ dan SISC+ Negeri Terengganu ke PPD Kulim-Bandar Baharu pada 10 April 2014


Mesyuarat SIP+ dan SISC+ di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Marang
Tarikh: 07/04/2014 (Isnin)
9.00 pg-5.00pm

Pegawai SIP+ dan SISC+ seluruh PPD Terengganu

Pegawai SIP+ dan SISC+ sedang tekun mendengar taklimat daripada JPNT



Lawatan Benchmarking Pegawai SIP+ dan SISC+ seluruh Terengganu ke PPD Kulim, Kedah
09/04/2014 hingga 10/04/2014




Thursday, 10 April 2014

Contoh Fail Meja SIPartner+

Contoh Fail Meja SIPartner+ : Ini hanya contoh sahaja. Sebarang perubahan dan penambahbaikan boleh dilakukan oleh tuan/puan. Jika tuan/puan mempunyai fail meja yang lebih baik, boleh kongsi dengan kami melalui email sipppdkt@gmail.com.
http://www.fileswap.com/dl/FismbfQpb9/Contoh_Fail_Meja__SIPartner+.doc.html

Monday, 7 April 2014

Kita Adalah Murabbi

Oleh: Dr Tajulddin Muhammad (SI Partner+)

Setiap orang daripada kita adalah Murabbi (pendidik). Walaupun istilah ini umpama suatu perkara yang agak besar tetapi ia merangkumi semua daripada kita. Sebagai ayah dan ibu ada tanggungjawab untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya.
Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. 


Seorang majikan yang baik  juga tidak boleh lari daripada menjadi Murabbi. Motif keuntungan bukanlah semestinya semata-mata, tetapi mampu untuk memimpin dan mempengaruhi kakitangannya menjadi pekerja yang jujur, amanah, tekun dan berkualiti. 

Pemimpin juga antara golongan yang berperanan penting menjadi murabbi kepada golongan yang dipimpin (rakyat).

Guru bolehlah dikatakan mereka yang paling hampir dengan konsep Murabbi. Dalam persaingan sekolah-sekolah merebut peningkatan peratusan pelajar cemerlang mendapat gred “A” dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang lebih baik, kadang-kadang seperti kita terlupa atau tanpa disedari mengabaikan sahsiah pelajar yang seharusnya dipenuhi dengan nilai-nilai murni. 

Jadi tidak hairan golongan remaja sekarang tanpa segan silu berpeluk di hadapan orang ramai dalam pengangkutan awam. Pelajar sekolah tak tahu menghormati guru yang tak mengajar mereka, tiada peduli dengan orang yang lebih tua atau lari masuk bilik jika ada tetamu yang hadir ke rumah.

Persoalannya adakah kita mahu melahirkan doktor yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk memeriksa pesakitnya tetapi hanya mampu menjeling sahaja dan berkomunikasi dengan pesakitnya sambil lewa sahaja.

Adakah kita mahu melahirkan ahli sains yang begitu gah dengan ilmunya tanpa merasa rendah diri dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepada nya?

Adakah kita mahu melahirkan usahawan-usahawan yang hanya begitu mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan apakah yang sepatutnya disumbangkan kepada masyarakat sekitarnya?

Adakah kita mahu melahirkan pemimpin masa hadapan yang dicemari dengan kepimpinan yang lemah dan dipenuhi dengan korupsi?

Sebagai guru tugas kita bukanlah semata-mata memindahkan ilmu (transfer knowledge) tetapi tugas yang lebih murni ialah cuba untuk membangunkan kerohanian pelajar kita. Alangkah beruntungnya jika semua guru…guru matematik, guru sains, guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris, guru sejarah dan geografi mampu memasukkan elemen-elemen sifat ketuhanan, kebesaran pencipta, zikir spontan dan perkara-perkara sunnah seperti ganjaran memberi salam dan ganjaran melontarkan senyuman.

Sufean (1989) yang menyatakan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai murni. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni seperti hormat menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk. Namun, sekiranya nilai yang buruk seperti biadap, suka berbohong dan mencuri menjadi perhiasan diri seawal peringkat kanak-kanak lagi, maka secara tidak langsung nilai tersebut akan mewarnai dirinya sehingga dewasa sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia.

Pesanan Saidina Ali, “hendaklah kamu menyampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat”. Walaupun seorang ibu sentiasa mengingatkan anak remaja mereka membaca selawat ke atas Rasul apabila membasuh beras. Keberkatan pasti wujud jika ilmu yang disampaikan oleh seorang ibu itu berterusan dari satu generasi kepada generasi seterusnya.

Seorang guru geografi malah guru sains dan matematik sekali pun pasti mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah jika sentiasa mengaitkan kejadian alam dengan kebesaran kuasa Allah. Zikir spontan diterapkan untuk menggambarkan kebesaran kuasa Allah seperti ucapan “Masya Allah”, “Alhamdulillah”, “Subhanallah” dan “Allahu akbar”.

Muslim yang bijak ialah mereka yang menganggap segala perbuatan mereka sebagai ibadah..walaupun dengan berpesan-pesan dengan sesuatu yang nampaknya terlalu kecil di mata manusia.

Petikan kata-kata Prof Dr Muhaya Muhamad “ ketika hidup hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebajikan (mempunyai sifat tamak untuk mendapatkan pahala sebanyak mungkin) sebagai bekalan menempuh kehidupan jangka panjang (menuju akhirat).


Jika seorang doktor perubatan tersalah memberikan ubat kepada seorang pesakitnya, kesannya hanya kepada pesakit itu tadi. Namun, jika seorang guru (murrabi) tersalah memberikan ajarannya kesannya pasti kepada satu generasi dan generasi seterusnya. Oleh itu fikir-fikirkanlah wahai Murrabi.





Saturday, 29 March 2014

Contoh Perancangan Strategik Sekolah

Contoh Perancangan Strategik Sekolah
*Contoh ini sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk merancang Perancangan Strategik Sekolah masing-masing.  Namun begitu, perancangan banyak bergantung kepada sekolah masing-masing berdasarkan keupayaan sekolah, guru, murid serta sumber yang ada.  Perancangan sekolah hendaklah sentiasa berdasarkan akronim "SMART". 
http://www.fileswap.com/dl/aP61gdms5E/Contoh_Perancangan_Strategik_Sekolah.doc.html

Monday, 24 March 2014

Kursus Induksi SIPartner+

Kursus Induksi SIPartner+ pada 17-20 Mac 2014 di IAB Genting Highlands