Saturday, 13 December 2014

Lawatan Sosial Kedua Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Pusat Kuala Ibai pada 02/09/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Guru Besar: Alias Bin Ismail
PKTD:      
PKHM:       
PKKO:      

Inti pati hasil lawatan SIP+:-
2.Bilangan Guru 76 orang
3. Bilangan pelajar lebih 900 orang
4. UPSR 2013 (16 orang 5A)
5. Kelas tambahan melibatkan 6 kelas tahun 6
6. Jurang kelas agak jauh jika dibandingkan kelas hadapan dan kelas belakang
7. Intervensi diambil yang mana kelas belakang dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil

















Saturday, 22 November 2014

Perlantikan Sebagai Hakim Pertandingan Inovasi di IPG Kampus Dato' Razali Ismail

Tempat: Dewan Al Farabi IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit K.Terengganu
Tarikh: 26 Ogos 2014 (Selasa)

Keterangan: 

Alhamdulillah pihak IPG Dato' Razali Ismail telah memberi kepercayaan kepada SIP+ PPD K.Terengganu (Dr Tajulddin Bin Muhammad) dan SISC+ (Pn Dahlia Bt Embong) sebagai Hakim Pertandingan Inovasi Pendidikan 2014 di samping dua pensyarah dari IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.

Pertandingan Inovasi Pendidikan 2014, ini telah dibahagikan kepada dua kategori yang melibatkan kategori pensyarah, pensyarah dan  pelajar  serta di kalangan pelajar institusi itu sendiri.

Pertandingan inovasi pendidikan seperti ini amat wajar sekali dijadikan agenda wajib  organisasi-organisasi pendidikan memandangkan banyak input-input baru dan reka cipta yang telah dihasilkan oleh peserta-peserta mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan Malaysia.




  


























Friday, 14 November 2014

Kita Adalah Murabbi

Oleh: Dr Tajulddin Muhammad (SI Partner+)


Setiap orang daripada kita adalah Murabbi (pendidik). Walaupun istilah ini umpama suatu perkara yang agak besar tetapi ia merangkumi semua daripada kita. Sebagai ayah dan ibu ada tanggungjawab untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya.


Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. 

Seorang majikan yang baik  juga tidak boleh lari daripada menjadi Murabbi. Motif keuntungan bukanlah semestinya semata-mata, tetapi mampu untuk memimpin dan mempengaruhi kakitangannya menjadi pekerja yang jujur, amanah, tekun dan berkualiti. 

Pemimpin juga antara golongan yang berperanan penting menjadi murabbi kepada golongan yang dipimpin (rakyat).

Guru bolehlah dikatakan mereka yang paling hampir dengan konsep Murabbi. Dalam persaingan sekolah-sekolah merebut peningkatan peratusan pelajar cemerlang mendapat gred “A” dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang lebih baik, kadang-kadang seperti kita terlupa atau tanpa disedari mengabaikan sahsiah pelajar yang seharusnya dipenuhi dengan nilai-nilai murni. 

Jadi tidak hairan golongan remaja sekarang tanpa segan silu berpeluk di hadapan orang ramai dalam pengangkutan awam. Pelajar sekolah tak tahu menghormati guru yang tak mengajar mereka, tiada peduli dengan orang yang lebih tua atau lari masuk bilik jika ada tetamu yang hadir ke rumah.

Persoalannya adakah kita mahu melahirkan doktor yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk memeriksa pesakitnya tetapi hanya mampu menjeling sahaja dan berkomunikasi dengan pesakitnya sambil lewa sahaja.

Adakah kita mahu melahirkan ahli sains yang begitu gah dengan ilmunya tanpa merasa rendah diri dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepada nya?

Adakah kita mahu melahirkan usahawan-usahawan yang hanya begitu mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan apakah yang sepatutnya disumbangkan kepada masyarakat sekitarnya?

Adakah kita mahu melahirkan pemimpin masa hadapan yang dicemari dengan kepimpinan yang lemah dan dipenuhi dengan korupsi?

Sebagai guru tugas kita bukanlah semata-mata memindahkan ilmu (transfer knowledge) tetapi tugas yang lebih murni ialah cuba untuk membangunkan kerohanian pelajar kita. Alangkah beruntungnya jika semua guru…guru matematik, guru sains, guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris, guru sejarah dan geografi mampu memasukkan elemen-elemen sifat ketuhanan, kebesaran pencipta, zikir spontan dan perkara-perkara sunnah seperti ganjaran memberi salam dan ganjaran melontarkan senyuman.

Sufean (1989) yang menyatakan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai murni. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai murni seperti hormat menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk. Namun, sekiranya nilai yang buruk seperti biadap, suka berbohong dan mencuri menjadi perhiasan diri seawal peringkat kanak-kanak lagi, maka secara tidak langsung nilai tersebut akan mewarnai dirinya sehingga dewasa sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia.

Pesanan Saidina Ali, “hendaklah kamu menyampaikan ilmu walaupun dengan sepotong ayat”. Walaupun seorang ibu sentiasa mengingatkan anak remaja mereka membaca selawat ke atas Rasul apabila membasuh beras. Keberkatan pasti wujud jika ilmu yang disampaikan oleh seorang ibu itu berterusan dari satu generasi kepada generasi seterusnya.

Seorang guru geografi malah guru sains dan matematik sekali pun pasti mendapat ganjaran tinggi di sisi Allah jika sentiasa mengaitkan kejadian alam dengan kebesaran kuasa Allah. Zikir spontan diterapkan untuk menggambarkan kebesaran kuasa Allah seperti ucapan “Masya Allah”, “Alhamdulillah”, “Subhanallah” dan “Allahu akbar”.

Muslim yang bijak ialah mereka yang menganggap segala perbuatan mereka sebagai ibadah..walaupun dengan berpesan-pesan dengan sesuatu yang nampaknya terlalu kecil di mata manusia.

Petikan kata-kata Prof Dr Muhaya Muhamad “ ketika hidup hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebajikan (mempunyai sifat tamak untuk mendapatkan pahala sebanyak mungkin) sebagai bekalan menempuh kehidupan jangka panjang (menuju akhirat).


Jika seorang doktor perubatan tersalah memberikan ubat kepada seorang pesakitnya, kesannya hanya kepada pesakit itu tadi. Namun, jika seorang guru (murrabi) tersalah memberikan ajarannya kesannya pasti kepada satu generasi dan generasi seterusnya. Oleh itu fikir-fikirkanlah wahai Murrabi.

Thursday, 13 November 2014


Program Bimbingan Penyeliaan i-THINK dalam KBAT dan Lawatan Konsultansi di bawah PPPM (2013-2025)

Program bimbingan ini lebih kepada pendedahan kepada Pengetua dan Guru besar berkenaan pengurusan i-THINK dalam KBAT di sekolah masing-masing. Taklimat awal telah disampaikan oleh dua pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) kepada barisan SIPartner+ PPDKT dan Pegawai-pegawai meja i-THINK Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pegawai meja i-THINK PPDKT.


  • Taklimat Program Overview  diadakan di Rumah Tamu JPNT pada 17/8/2014
  • Lawatan ke SM Sains Sultan Mahmud pada 18/8/2014
  • Lawatan ke SBPI Batu Rakit pada 19/8/2014
  • Lawatan SMK Kompleks Gong Badak pada 20/8/2014


Peta i-THINK di SMS Sultan Mahmud


PdP subjek matematik SMS S. Mahmud


Peta i-THINK di belakang kelas


PdP secara berkumpulan


Pembentangan Pelajar SMS S. Mahmud


Pengetua SMSS.Mahmud & SIP+


PdP Subjek sejarah  Di SBPI Bt Rakit


Peta i-THINK dalam kelas SBPI Bt Rakit


PdP secara berkumpulan


Suasana belakang kelas SBPI Bt Rakit


Suasana belakang kelas SBPI Bt Rakit


Guru dan Pengetua SBPI Bt Rakit





Lawatan Sosial Pertama Pegawai SIPartner+, Dr Tajulddin Muhammad ke Sekolah SK Bukit Guntong pada 12/08/2014


1. Pentadbir dan pengurusan

Pengetua: Hjh Zabedah Bt Muda
PKTD:       En. Ruslan Bin Ismail
PKHM:      Pn. Robiah Bt Embong 
PKKO:      En. Wee Guan En
PKPKhas: En. Abdul Hamid Bin Che Wahab

Inti pati hasil lawatan SIP+:-





Pintu masuk SMK Bukit Guntong

SMK Bukit Guntong

Mural SMK Bukit Guntong

Motto Sekolah

Pengetua SMK Bukit Guntong

Bilik Pengetua
Lanskap menarik

Analisis data  di bilik Pengetua